Saturday, February 28, 2009

Sejarah orang Yahudi di Palestin.

Assalamualaikum,

Satu persoalan ditanyakan tentang orang-orang Yahudi di Mesir. Mereka
ini menjadi mangsa kezaliman Fir'aun tetapi tidak mahu keluar dari
Mesir sehingalah dalam keadaan terpaksa. Kemudian mereka tersesat dan
akhirnya bertaburan ke seluruh dunia..

Apakah cerita sebenarnya?

Nabi Ya'akub as ketika berusia 130 tahun berhijrah ke Mesir bersama 70
orang anak dan cucu beliau. Ketika itu anaknya Yusuf As telah dilantik
menjadi menteri di Mesir. Bani Israel (keturunan Yaakub as) berada di
Mesi selama 430 tahun. Bani Israel kemudiannya menjadi golongan hamba
kepada Firaun. Mereka keluar meninggalkan Mesir di bawah pimpinan Musa
dan Harun as. Terbahagi dalam 12 suku. Mereka engkar lalu Allah SWT
menjadikan mereka berlegar-legar selama 40 tahun. Apabila Nabi Musa AS
wafat mereka masih belum memasuki Palestin. Nabi Musa as wafat di
timur Jordan. Pemimpin Bani Israel yang membawa mereka masuk ialah
Yusha'. Pada zaman Nabi Yusha mereka diperintah oleh para hakim selama
200 tahun. Ini diikuti dengan zaman Saul, Daud as dan Sulaiman as.
Selepas Nabi Sulaiman as, bani Israel pecah dua dan berperang. Ini
diikuti dengan serangan Babylon dan Assyria yang disebut oleh al Quran
sebagai kemusnahan pertama. Kemusnahan Baitul Maqdis berlaku pada 587
SM. Baitul Maqdis dibina semula pada zaman Nabi zakaria dan Yahya as.
Ini diikuti oleh penguasaan Rum. Nabi Yahya as dibunuh dan akhirnya
rabbi Yahudi bersekongkol dengan penguasa Rum cuba membunuh Nabi Isa
as. Ini diikuti dengan pemberontakan orang Yahudi yang membawa kepada
kumusnahan B.Maqdis kedua oleh Rum, Sejak dari zaman itu mereka
dihalau dan tidak dibenarkan memasuki Baitul Maqdis sehinggalah
B.Maqdis diistiharkan open city oleh Sy Umar al Khattab pada tahun 636
M.

Demikian secara rengkas sejarah orang Yahudi di Palestin.

No comments: